Tuesday, May 6, 2014

Sumbangan Untuk Anak Yatim (Bela Didik Anak Yatim-BEDAYA)

Assalamua'laikum para pembaca blog yang disayangi...

Sebenarnya niat di hati dah lama ingin membantu dan meraikan anak-anak yatim.
alhamdulillah, Allah beri peluang kepada diri yang serba kekurangan untuk menyantuni anak-anak yatim yang disayangi di sekitar kawasan Kulim, Kedah.
pelbagai program yang dijalankan seperti Kem Cermin bersiri, roda impian Jawi, Usrah, Tayar bergolek, Jualan Amal bersama anak Yatim Bakun.
https://www.facebook.com/BAKUN08?ref=ts&fref=ts
hampir 3 tahun dengan mereka, macam-macam dapat dikongsikan bersama.
ramai sebenarnya yang nak membantu golongan ini,
tapi, hanya sekadar yang mampu kerana rata-rata individu yang membantu bukanlah golongan "senang".
tapi Alhamdulillah, Allah masih membuka pintu hati mereka untuk membantu sekadar yang termampu dengan keupayaan mereka...
semoga Dermawan-dermawan dimurahkan rezeki dan dilipatgandakan ganjaran pahala...
Ameen In Sha Allah


entri kali ini, saya ingin memohon sedikit sumbangan kepada dermawan untuk menyantuni dan meraikan anak-anak yatim sempena bakal menyambut Bulan Ramadhan Al-mubarak tidak lama lagi tanpa orang tersayang disisi mereka.


Bayangkan kita di posisi mereka pada waktu itu, apakah perasaan kita jika tiada siapa yang pedulikan kita???
masya Allah, tak dapat bayangkan apa akan berlaku kepada diri ketika itu dari segi mental.


ini adalah majlis tahunan saya bersama sahabat-sahabat lain sebelum masuknya Ramadhan.
Kami kekurangan dana untuk membeli pakaian solat dan kasut kepada anak-anak tersebut.
“Wahai Saib, perhatikanlah akhlak yang biasa kamu lakukan ketika kamu masih dalam kejahiliyahan, laksanakan pula ia dalam masa keislaman. Jamulah tamu, muliakanlah anak yatim, dan berbuat baiklah kepada tetangga.” [HR.Ahmad dan Abu Dawud, Shohih Abu Dawud, Al-Albani : 4836]



bersama ini saya sertakan kertas kerja dan sedikit gambar. 


Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh,                                             
…………………………………..
…………………………………..
………………………………….                                                                           



Tuan/Puan,

MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN UNTUK PROGRAM BERSAMA ANAK YATIM.



Merujuk perkara diatas,saya  ABDUL HADI BIN ROZIZ bersama rakan-rakan
seperjuangan akan menganjurkan program  menyambut  bulan Ramadhan
al-Mubarak bagi tahun 2014 bersama anak-anak yatim Bela Didik Anak Yatim
(BEDAYA) bagi meraikan mereka yang ketiadaan orang yang tersayang di sisi mereka.


2.Sehubungan dengan itu kami ingin memohon sumbangan ikhlas dari pihak
tuan/puan untuk melancarkan lagi perjalanan program tersebut,

3.Di sini saya sertakan butiran program tersebut:
                    NAMA PROGRAM: Ambang Ramadhan Bersama Anak Yatim
                                      TARIKH: 20 JUN 2014 (JUMAAT)
                                      TEMPAT: Rumah Anak Yatim BEDAYA, Kulim


4.Bersama ini juga kami sertakan salinan anggaran kewangan untuk program
 ambang Ramadhan bersama anak-anak yatim BEDAYA.


5.Harapan kami semoga permohonan ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya
 dari pihak tuan/puan.Kerjasama dan jasa baik tuan/puan dalam perkara ini amatlah
 kami hargai dan sanjungi. Segala jasa baik tuan/puan kami sudahi dengan ucapan
 jazakumullah khairan khatira.


Sekian, terima kasih




Saya yang menjalankan tugas,


…………………………….
(ABDUL HADI BIN ROZIZ)
Pengarah,
Program Ambang Ramadhan Bersama Anak Yatim BEDAYA
Kulim, Kedah Darul Aman.

H/P: 014-7585311











ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA JUMLAH
1.      SATAY (1000 cucuk)                   RM400
2.      CENDOL (100 mangkuk)             RM150
3.      CHAR KUEY TIAW                    RM300
4.      LAICIKANG (100 mangkuk)       RM100
5.      AISKRIM                                      RM150
6.      BUAH ANGGUR                          RM50
7.      PIZZA HUT                                  RM300
8.      FISHBALL - CAKE                      RM100
9.      NASI GORENG                             RM150
10.  CENDERAHATI                            RM500
11.  PENCERAMAH                             RM200
12.  LAIN-LAIN                                   RM300


JUMLAH KESELURUHAN RM 2700.00



ATURCARA PROGRAM AMBANG RAMADHAN

7.00 malam : Ketibaan tetamu
7.30 malam : Solat maghrib & tahlil
8.00 malam : Tazkirah ambang Ramadhan
                      ( penceramah jemputan )
9.00 malam  ; Ucapan aluan pengarah program
9.10 malam  : Bacaan doa makan
                        persembahan anak-anak yatim
10.30 malam : Penyerahan cenderahati untuk anak yatim
11.00 malam : Bersurai








sekian saja entri kali ini... mohon hebahan kepada semua...

hubungi saya ( FURKHON)  untuk keterangan lanjut:-

017-4406589

019-4236589

017-4633653


No comments:

Post a Comment