Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua
Tilawah Al Quran peringkat kebangsaan kali ke 56 Tahun 2013
Buat pertama kalinya sejak 22 tahun, baru kini Kelantan
diberi hak sebagai penganjur kepada Tilawah Al Quran peringkat
kebangsaan kali ke 56 tahun 2013. Seramai 29 qari dan qariah termasuk
johan menunggu Qariah akan menyertai Tilawah Al-Quran peringkat
kebangsaan kali ke-56 dari 10 hingga 14 Jun di Dewan Besar Balai Islam,
Kompleks Islam Darulnaim, Lundang, Kota Bharu Kelantan.
Majlis Tilawah al-Quran kali ini
bertemakan ‘Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah’. Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak dijangkakan akan merasmikan Majlis ini pada
10/6/2012. Perasmian penutupan dan penyampaian hadiah pula akan
disempurnakan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.
Johan qari dan qariah akan menerima wang
tunai RM15,000, piala iringan, cenderamata dan sijil penyertaan serta
akan menerima sebuah kereta Proton Preve tajaan Tabung Haji.
Selain itu, johan qari dan qariah juga
akan mewakili Malaysia ke Tilawah al-Quran peringkat antarabangsa yang
berlangsung dari 29 Jun hingga 6 Julai nanti.
Bagi naib johan, qari dan qariah akan
menerima wang tunai RM10,000, cenderamata dan sijil penyertaan manakala
bagi tempat ketiga pula, qari dan qariah akan menerima wang tunai
RM7,000, cenderamata dan sijil penyertaan.
Selain itu, hadiah saguhati berupa wang tunai RM3,000, cenderamata dan sijil penyertaan akan diberi kepada semua peserta.
Sehubungan itu, orang ramai dijemput
hadir ke majlis Tilawah itu untuk menghayati bacaan ayat suci al-Quran
oleh qari dan qariah dari seluruh Malaysia mulai 8.30 malam hingga 11
malam, 10 hingga 14 Jun ini.
Selain itu, majlis tilawah itu juga
boleh ditonton secara langsung di TV1 atau melalui web TV Jakim dengan
melayari laman web www.islam.gov.my
Senarai nama perserta Tilawah Al Quran peringkat kebangsaan kali ke 56 Tahun 2013
Update: June 10, 2013/10:51:02 PM (Malam pertama)
Majlis perasmian oleh Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak. Dua perserta yang memperdengarkan bacaan
untuk malam pertama ini:
- Qari Mohd Fakhrurazi bin Abbas (Kedah)
- Qariah Nur Faizah bt Panut (Selangor)
Update: June 11, 2013/11:13:52 PM (Malam kedua)
Berikut adalah senarai 9 orang perserta yang telah memperdengarkan bacaannya pada malam yang kedua:
- Qariah Sarina bt Che Yahaya (Perlis) – (Surah At Taubah bermula dari ayat 67).
- Qari Zulkipli bin Harun (Kelantan) – (Surah Yunus bermula dari ayat 9).
- Qariah Che Aminah bt Che Awang (Juara Bertahan Wilayah Persekutuan) – (Surah Ali Imran bermula dari ayat 144).
- Qari Zul-Hasyimi bin Mohamed Yunus (Pahang) – (Surah Annisa’ bermula dari ayat 15).
- Qariah Radziah bt Ibrahim (Kelantan) – (Surah Yunus bermula dari ayat 90).
- Qari Amirrahman bin Abbas (N. Sembilan) – (Surah Al-An’am bermula dari ayat 1).
- Qariah Hjh Salina bt Hj Ali (Sarawak) – (Surah Al Baqarah bermula dari ayat 107).
- Qari Mohamad Hufas bin Ali (Terengganu) – (Surah At Taubah bermula dari ayat 17).
- Qariah Munirah bt Razali (Perak) – (Surah Ar Ra’d bermula dari ayat 59).
Update: June 12, 2013/9:25:34 PM (Malam ketiga)
Senarai nama peserta pada malam yang ke tiga:
- Qari Hanif Azmir bin Hassim (Pulau Pinang) – (Surah Al ‘Araf bermula dari ayat 160).
- Qariah Marziah bt Mohd Deli (Kedah) – (Surah At Taubah bermula dari ayat 119).
- Qari Syamsul bin Abu Hassan Asya’ri (Selangor) – (Surah Al Anfal bermula dari ayat 27).
- Qariah Safizah bt Hj Moushin (Sabah) – (Surah Annisa’ bermula dari ayat 135).
- Qari Wan Fakhrul Razzi bin Wan Muhammad (Wilayah Persekutuan) – (Surah Al Anfal).
- Qariah Norhusna bt Mohammad Salleh (Pulau Pinang) – (Surah Al ‘An’am bermula dari ayat 7).
- Qari Hadi bin Mohd Sharkawi (Sarawak) – (Surah Yunus bermula dari ayat 25).
- Qariah Normalina bt Alias (Wilayah Persekutuan) – (Surah Al A’raf bermula dari ayat 35).
- Qari Mohd Mawardi bin Jamaluddin (Kedah) – (Surah Al Baqarah bermula dari ayat 197).
Update: June 13, 2013/8:58:01 PM (Malam keempat)
- Qariah Nor Azrah bt Ayub (Johor) – (Surah Yunus bermula dari ayat 55).
- Qari Abdul Aziz bin Ibrahim (Johor) – (Surah Al Baqarah bermula dari ayat 168).
- Qariah Siti Mas bt Semail (Terengganu) – (Surah Al Baqarah bermula dari ayat 44).
- Qari Fahrur Raqib bin Abdul Majid (Melaka) – (Surah Ali Imran bermula dari ayat 100).
- Qariah Hjh Rohani bt Hj Abdul Shukur (N. Sembilan) – (Surah Al An’am bermula dari ayat 61).
- Qari Afizan bin Wankee (Sabah) – (Surah Al Baqarah bermula dari ayat 261).
- Qariah Sahrul Munirah bt Haris (Melaka) – (Surah Annisa’ bermula dari ayat 76).
- Qari Anuar bin Hasin (Perak) – (Surah Al Anfal bermula dari ayat 45).
- Qariah Hanimzah bt Hj Jalaluddin (Pahang) – (Surah Al Baqarah bermula dari ayat 142).
Alhamdulillah berakhirlah sudah 29 orang
perserta 14 qari dan 15 qariah.

No comments:
Post a Comment