Friday, June 14, 2013

Keputusan Penuh Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke 56

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua
Alhamdulillah selesailah sudah pertandingan Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke 56 tahun 2013. Majlis penutup dan penyampaian hadiah dirasmikan oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad v.
Rumusan dari jamaah hakim: dari segi tajwid semua peserta berjaya menguasi bidang tajwid dengan purata markah 30% dari 40% penuh. Dari segi taranum pula semua perserta seimbang antara satu sama lain.
Qari
Kedudukan Nama Peserta Negeri Markah
Johan Anuar bin Hasin Perak 92.33%
Naib Johan Amirrahman bin Abbas N. Sembilan 89.67%
Ketiga Muhammad Hufas bin Ali Terengganu 86.67%            

Qariah
Kedudukan Nama Peserta Negeri Markah
Johan Hanimzah bt Hj Jalaluddin Pahang 88.34%
Naib Johan Nur Azrah bt Ayub Johor 86%
Ketiga Marziah bt Mohd Deli Kedah 84.34%

Hadiah Juara keseluruhan: Perak (87.17%).

Kedudukan Hadiah Qari dan Qariah
Johan Wang tunai RM15.000, Pakej Haji, Piala Iringan, Cenderamata dan Sijil Penyertaan serta Kereta Proton Preve (Tajaan Tabung Haji)
Naib Johan Wang tunai RM10.000, Pakej Haji, Cenderamata dan Sijil Penyertaan
Ketiga Wang tunai RM7.500, Pakej Haji, Cenderamata dan Sijil Penyertaan
Saguhati Wang tunai RM3.000, Cenderamata dan Sijil Penyertaan
Jangan lupa Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa kali ke 55 tahun 2013 yang bermula pada 29/6/2013 hingga 6/7/2013.

credit by-http://www.anakulucheka.com/keputusan-penuh-tilawah-al-quran-peringkat-kebangsaan-kali-ke-56

Tilawah Al Quran peringkat kebangsaan kali ke 56 Tahun 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua

Tilawah Al Quran peringkat kebangsaan kali ke 56 Tahun 2013

tilawah al quran 2013 Tilawah Al Quran peringkat kebangsaan kali ke 56 Tahun 2013
Buat pertama kalinya sejak 22 tahun, baru kini Kelantan diberi hak sebagai penganjur kepada Tilawah Al Quran peringkat kebangsaan kali ke 56 tahun 2013. Seramai 29 qari dan qariah termasuk johan menunggu Qariah akan menyertai Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan kali ke-56 dari 10 hingga 14 Jun di Dewan Besar Balai Islam, Kompleks Islam Darulnaim, Lundang, Kota Bharu Kelantan.
Majlis Tilawah al-Quran kali ini bertemakan ‘Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah’. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangkakan akan merasmikan Majlis ini pada 10/6/2012. Perasmian penutupan dan penyampaian hadiah pula  akan disempurnakan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.
Johan qari dan qariah akan menerima wang tunai RM15,000, piala iringan, cenderamata dan sijil penyertaan serta akan menerima sebuah kereta Proton Preve tajaan Tabung Haji.
Selain itu, johan qari dan qariah juga akan mewakili Malaysia ke Tilawah al-Quran peringkat antarabangsa yang berlangsung dari 29 Jun hingga 6 Julai nanti.
Bagi naib johan, qari dan qariah akan menerima wang tunai RM10,000, cenderamata dan sijil penyertaan manakala bagi tempat ketiga pula, qari dan qariah akan menerima wang tunai RM7,000, cenderamata dan sijil penyertaan.
Selain itu, hadiah saguhati berupa wang tunai RM3,000, cenderamata dan sijil penyertaan akan diberi kepada semua peserta.
Sehubungan itu, orang ramai dijemput hadir ke majlis Tilawah itu untuk menghayati bacaan ayat suci al-Quran oleh qari dan qariah dari seluruh Malaysia mulai 8.30 malam hingga 11 malam, 10 hingga 14 Jun ini.
Selain itu, majlis tilawah itu juga boleh ditonton secara langsung di TV1 atau melalui web TV Jakim dengan melayari laman web www.islam.gov.my
Senarai nama perserta Tilawah Al Quran peringkat kebangsaan kali ke 56 Tahun 2013
Update: June 10, 2013/10:51:02 PM (Malam pertama)
Majlis perasmian oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Dua perserta yang memperdengarkan bacaan untuk malam pertama ini:
  1. Qari Mohd Fakhrurazi bin Abbas (Kedah)
  2. Qariah Nur Faizah bt Panut (Selangor)
Update: June 11, 2013/11:13:52 PM (Malam kedua)
Berikut adalah senarai 9 orang perserta yang telah memperdengarkan bacaannya pada malam yang kedua:
  1. Qariah Sarina bt Che Yahaya (Perlis) – (Surah At Taubah bermula dari ayat 67).
  2. Qari Zulkipli bin Harun (Kelantan) – (Surah Yunus bermula dari ayat 9).
  3. Qariah Che Aminah bt Che Awang (Juara Bertahan Wilayah Persekutuan) – (Surah Ali Imran bermula dari ayat 144).
  4. Qari Zul-Hasyimi bin Mohamed Yunus (Pahang) – (Surah Annisa’ bermula dari ayat 15).
  5. Qariah Radziah bt Ibrahim (Kelantan) – (Surah Yunus bermula dari ayat 90).
  6. Qari Amirrahman bin Abbas (N. Sembilan) – (Surah Al-An’am bermula dari ayat 1).
  7. Qariah Hjh Salina bt Hj Ali (Sarawak) – (Surah Al Baqarah bermula dari ayat 107).
  8. Qari Mohamad Hufas bin Ali (Terengganu) – (Surah At Taubah bermula dari ayat 17).
  9. Qariah Munirah bt Razali (Perak) – (Surah Ar Ra’d bermula dari ayat 59).
Update: June 12, 2013/9:25:34 PM (Malam ketiga)
Senarai nama peserta pada malam yang ke tiga:
  1. Qari Hanif Azmir bin Hassim (Pulau Pinang) – (Surah Al ‘Araf bermula dari ayat 160).
  2. Qariah Marziah bt Mohd Deli (Kedah) – (Surah At Taubah bermula dari ayat 119).
  3. Qari Syamsul bin Abu Hassan Asya’ri (Selangor) – (Surah Al Anfal bermula dari ayat 27).
  4. Qariah Safizah bt Hj Moushin (Sabah) – (Surah Annisa’ bermula dari ayat 135).
  5. Qari Wan Fakhrul Razzi bin Wan Muhammad (Wilayah Persekutuan) – (Surah Al Anfal).
  6. Qariah Norhusna bt Mohammad Salleh (Pulau Pinang) – (Surah Al ‘An’am bermula dari ayat 7).
  7. Qari Hadi bin Mohd Sharkawi (Sarawak) – (Surah Yunus bermula dari ayat 25).
  8. Qariah Normalina bt Alias (Wilayah Persekutuan) – (Surah Al A’raf bermula dari ayat 35).
  9. Qari Mohd Mawardi bin Jamaluddin (Kedah) – (Surah Al Baqarah bermula dari ayat 197).
Update: June 13, 2013/8:58:01 PM (Malam keempat)
  1. Qariah Nor Azrah bt Ayub (Johor) – (Surah Yunus bermula dari ayat 55).
  2. Qari Abdul Aziz bin Ibrahim (Johor) – (Surah Al Baqarah bermula dari ayat 168).
  3. Qariah Siti Mas bt Semail (Terengganu) – (Surah Al Baqarah bermula dari ayat 44).
  4. Qari Fahrur Raqib bin Abdul Majid (Melaka) – (Surah Ali Imran bermula dari ayat 100).
  5. Qariah Hjh Rohani bt Hj Abdul Shukur (N. Sembilan) – (Surah Al An’am bermula dari ayat 61).
  6. Qari Afizan bin Wankee (Sabah) – (Surah Al Baqarah bermula dari ayat 261).
  7. Qariah Sahrul Munirah bt Haris (Melaka) – (Surah Annisa’ bermula dari ayat 76).
  8. Qari Anuar bin Hasin (Perak) – (Surah Al Anfal bermula dari ayat 45).
  9. Qariah Hanimzah bt Hj Jalaluddin (Pahang) – (Surah Al Baqarah bermula dari ayat 142).
Alhamdulillah berakhirlah sudah 29 orang perserta 14 qari dan 15 qariah.

Monday, June 10, 2013

"Kelantan tuan rumah Tilawah al-Quran Kebangsaan 2013"

KUALA LUMPUR: Negeri Kelantan dipilih menjadi tuan rumah kepada musabaqah Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ke-56 tahun ini.

Majlis tersebut akan diadakan pada 10 hingga 14 Jun ini bertempat di Kompleks Balai Islam, Lundang.

Pemilihan negeri itu merupakan pertama kali sejak 23 tahun ianya ditadbir oleh PAS.

Seramai 30 qari dan qariah dari seluruh negara akan mengambil bahagian pada tilawah berkenaan.

Kelantan juga telah membenarkan qariah mengambil bahagian sejak dua tahun lepas.

Tilawah al-Quran kali ini pada mulanya dijadualkan diadakan 2 hingga 6 Mei lalu, namun ditangguh ekoran pilihan raya umum ke-13.

Perasmian penutup akan disempurnakan Sultan Muhammad V, manakala pembukaan dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dalam perkembangan sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini berkunjung ke Kelantan bagi meninjau persiapan untuk majlis itu.

Beliau berkunjung ke Kota Darulnaim bertemu Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob di pejabatnya.

Sementara itu, Menteri Besar selepas pertemuan itu berkata, kerajaan negeri menyambut baik Kelantan dipilih sebagai lokasi penganjuran tilawah al-Quran kali ini.

“Insya-Allah kita akan berusaha melaksanakan program berkenaan yang julung kali diadakan di sini dengan sebaik mungkin.

“Saya seperti juga Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini sentiasa bersikap terbuka dalam menjalin kerjasama hubungan antara kerajaan negeri dan pusat demi kebaikan rakyat,” katanya.

Hadir sama pada pertemuan itu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau, Dato’ Mohd Nasuruddin Daud dan pegawai kanan kerajaan pusat serta negeri.

Jamil Khir berkata, tilawah al-Quran tahun ini turut menawarkan hadiah kereta Proton Preve kepada johan qari dan qariah.

Selain itu katanya, hadiah wang tunai RM15,000, piala pusingan, piala iringan, pakej menunaikan haji dan sijil penyertaan.

"Semua negeri akan menghantar peserta qari dan qariah termasuk Kelantan," katanya.