Tuesday, May 13, 2014


ADA APA DENGAN UMUR 40 TAHUN?

Hari terbaca satu post sahabat dalam Facebook,
Tertarik dengan penulisan tersebut,
Lalu terasa nak update dalam Blog untuk kongsian bersama...

Ketika Ini Di Mana Kita?

BERHATI HATI DIUSIA 40TAHUN

Ramai tidak sedar dalam al-Quran ada menyentuh tentang usia ini. Tentu ada yang sangat penting, perlu diperhatikan dan diambil serius akan perkara ini. Allah swt. berfirman,
حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ
"Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa, “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.” (al-Ahqaf: 15)
Usia 40 tahun disebut dengan jelas dalam ayat ini. Pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya. Benar-benar telah meninggalkan usia mudanya dan melangkah ke usia dewasa yang sebenar.
Doa yang terdapat dalam ayat tersebut dianjurkan untuk dibaca oleh mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas. Di dalamnya terkandung penghuraian yang jelas bahawa mereka; telah menerima nikmat yang sempurna, kecenderungan untuk beramal yang positif, telah mempunyai keluarga yang harmoni, kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah
Pada ayat yang lain, firman Allah;
أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ
Apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam tempoh yang cukup untuk berfikir bagi orang-orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepadamu pemberi peringatan? (al-Fathir: 37)
Menurut Ibnu Abbas, Hasan al-Bashri, al-Kalbi, Wahab bin Munabbih, dan Masruq, yang dimaksud dengan “umur panjang dalam tempoh yang cukup untuk berfikir” dalam ayat tersebut tidak lain adalah ketika berusia 40 tahun.
Menurut Ibn Kathir, ayat ini memberikan petunjuk bahawa manusia apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah memperbaharui taubat dan kembali kepada Allah dengan bersungguh2.
Apabila itu berlaku menjelang usia 40 tahun, maka Allah memberikan janjiNya dalam ayat selepas itu: (maksudnya) Kematangan.
Usia 40 tahun adalah usia matang untuk kita bersungguh-sungguh dalam hidup. Mengumpulkan pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan, membuang kejahilan ketika usia muda, lebih berhati-hati, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian. Maka tidak hairan tokoh-tokoh pemimpin muncul secara matang pada usia ini. Bahkan Nabi s.a.w, seperti yang disebut oleh Ibn ‘Abbas:
“Dibangkitkan Rasulullah s.a.w pada usia 40 tahun” (riwayat al-Bukhari).
Nabi Muhammad saw. diutus menjadi nabi tepat pada usia 40 tahun. Begitu juga dengan nabi2 yang lain, kecuali Nabi Isa as. dan Nabi Yahya as.
Banyak negara menetapkan untuk menduduki jabatan2 elit seperti ketua negara, disyaratkan bakal calon harus telah berusia 40 tahun. Masyarakat sendiri mengakui prestasi seseorang mantap tatkala orang itu telah berusia 40 tahun. Soekarno menjadi presiden pada usia 44 tahun. Soeharto menjadi presiden pada umur 46 tahun. J.F. Kennedy 44 tahun. Bill Clinton 46 tahun. Paul Keating 47 tahun. Sementara Tony Blair 44 tahun.
Mengapa umur 40 tahun begitu penting.
Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah usia manusia diklasifikasikan menjadi 4 (empat) period, iaitu
1. Kanak-kanak ( sejak lahir hingga akil baligh )
2. Muda atau syabab ( sejak akil baligh hingga 40 tahun )
3. Dewasa ( 40 tahun hingga 60 tahun )
4. Tua atau syaikhukhah ( 60 tahun hingga mati )
Usia 40 tahun adalah usia ketika manusia benar-benar meninggalkan masa mudanya dan beralih kepada masa dewasa penuh. Kenyataan yang paling menarik pada usia 40 tahun ini adalah meningkatnya minat seseorang terhadap agama sedangkan semasa mudanya jauh sekali dengan agama. Seolah-olah macam satu fitrah di usia ini ramai yang mula menutup aurat dan mendekati kuliah-kuliah agama.
Salah satu keistimewaan usia 40 tahun tercermin dari sabda Rasulullah saw.,
لعَبْدُ الْمُسْلِمُ إِذَا بَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً خَفَّفَ اللهُ تَعَالَى حِسَابَهُ ، وَإِذَا بَلَغَ سِتِّيْنَ سَنَةً رَزَقَهُ اللهُ تَعَالَى الْإِنَابَةَ إِلَيْهِ ، وَإِذَا بَلَغَ سَبْعِيْنَ سَنَةً أَحَبَّهُ أَهْلُ السَّمَاءِ ، وَإِذَا بَلَغَ ثَمَانِيْنَ سَنَةً ثَبَّتَ اللهُ تَعَالَى حَسَنَاتِهِ وَمَحَا سَيِّئَاتِهِ ، وَإِذَا بَلَغَ تِسْعِيْنَ سَنَةً غَفَرَ اللهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ وَشَفَّعَهُ اللهُ تَعَالَى فِى أَهْلِ بَيْتِهِ ، وَكَتَبَ فِى السَّمَاءِ أَسِيْرَ اللهِ فِى أَرْضِهِ – رواه الإمام أحمد
"Seorang hamba muslim bila usianya mencapai 40 tahun, Allah akan meringankan hisabnya (perhitungan amalnya). Jika usianya mencapai 60 tahun, Allah akan memberikan anugerah berupa kemampuan kembali (bertaubat) kepadaNya. Bila usianya mencapai 70 tahun, para penduduk langit (malaikat) akan mencintainya. Jika usianya mencapai 80 tahun, Allah akan menetapkan amal kebaikannya dan menghapus amal keburukannya. Dan bila usianya mencapai 90 puluh tahun, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan dosa-dosanya yang dahulu, Allah juga akan memberikan pertolongan kepada anggota keluarganya, serta Allah akan mencatatnya sebagai tawanan Allah di bumi. (riwayat Ahmad)
Hadis ini menyebut usia 40 tahun paling awal memiliki komitmen terhadap penghambaan kepada Allah swt. sekaligus konsisten terhadap Islam, maka Allah swt. akan meringankan hisabnya. Orang yang usianya mencapai 40 tahun mendapatkan keistimewaan berupa hisabnya diringankan. Tetapi umur 40 tahun merupakan saat harus berhati2 juga. Ibarat waktu, orang yang berumur 40 tahun mungkin sudah masuk senja. Abdullah bin Abbas ra. dalam suatu riwayat berkata, “Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak mantap dan tidak dpt mengalahkan amal keburukannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke neraka.”
Imam asy-Syafi’i tatkala mencapai usia 40 tahun, beliau berjalan sambil memakai tongkat. Jika ditanya, jawab beliau, “Agar aku ingat bahwa aku adalah musafir. Demi Allah, aku melihat diriku sekarang ini seperti seekor burung yang dipenjara di dalam sangkar. Lalu burung itu lepas di udara, kecuali telapak kakinya saja yang masih tertambat dalam sangkar. Komitmenku sekarang seperti itu juga. Aku tidak memiliki sisa2 syahwat untuk menetap tinggal di dunia. Aku tidak berkenan sahabat-sahabatku memberiku sedikit pun sedekah dari dunia. Aku juga tidak berkenan mereka mengingatkanku sedikit pun tentang hiruk pikuk dunia, kecuali hal yang menurut syara’ lazim bagiku. Di antara aku dan dia ada Allah.”
Lantas, apa yang harus kita lakukan menginjak usia 40 tahun?
1. Meneguhkan tujuan hidup
2. Meningkatkan daya spiritual
3. Menjadikan uban sebagai peringatan
4. Memperbanyak bersyukur
5. Menjaga makan dan tidur
6. Menjaga istiqamah dalam ibadah.
Jika ada yang mengatakan bahawa: Life began at forty, saya cenderung berpendapat kehidupan yang dimaksudkan ialah kehidupan terarah kepada mendekatkan diri kepada penciptaNya dengan sebenar-benarnya. Tetapi satu perkara yang kita harus sentiasa sedar bahawa kematian memanggil kita bila-bila masa tanpa tanda, tanpa alamat dan tanpa mengira usia. Jika kita beranggapan harus menunggu usia 40 tahun untuk baru memulakan kehidupan yang dimaksudkan di atas, maka rugi dan sia-sia lah hidup kita jika umur kita tidak panjang.
Maksud sabda Nabi Muhammad S.A.W ," Orang yang bijak adalah orang yang selalu mengingati mati".
Ramai manusia tertipu dengan keindahan dunia dan isinya yang bersifat sementara. Sejak Nabi Adam as. sehingga kini, kesemuanya telah kembali kepada Allah swt. tidak kira kaya atau miskin, berpangkat atau tidak. Mengingati mati bukan bermakna kita akan gagal di dunia tetapi dengan mengingati mati kita akan menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat. janganlah menunggu sehingga esok untuk membuat persediaan menghadapi kematian, kerana mati boleh datang pada bila-bila masa..
Sekian Saja...
Wassalam...

Sunday, May 11, 2014

SELAMAT HARI IBU 2014 (DALAM KENANGAN 1962-2012)

Lazimnya Sambutan Hari Ibu Diraikan Pada Minggu Kedua Bulan Mei (5)
Sebenarnya Hari-hari Adalah Hari Ibu,
Tapi Apa Salahnya Kalau Adakan Satu Hari Khas Untuk Meraikan dan Menghargai Kasih Sayang dan Pengorbanan Ibu kita?

"Ibu", "Ummi", "Emak", "Mami", "Bonda", Ini Semua Membawa Maksud Yang Sama
Mereka Adalah Insan Yang Bersusah Payah Melahirkan Dan Menjaga Kita Di Dunia Ini,
Yang Sanggup Pertaruhkan Nyawa Untuk Melahirkan Kita,
Tangisan Yang Kedengaran Saat Melahirkan Kita Menjadi Penawar Kesakitan Yang Ditanggung.
Malah Air Mata Kegembiraan Mengalir Setelah Melihat Kita Keluar Dari Rahimnya.


Bukan Mudah Menggalas Tugas Sebagai Seorang Ibu,
Ibu Juga Seorang Anak Yang Ada Tanggunggjawab Kepada Ibu Dan Ayahnya,
Ibu Juga Seorang Isteri Yang  Ada Tanggungjawab Kepada Suaminya,
Ibu Juga Seorang Ibu Yang Ada Tanggungjawab Kepada Anak-Anaknya,
Ibu Juga Seorang Ahli Masyarakat Yang Ada Tanggungjawab Kepada Komunitinya.
Ibu Juga Seorang Hamba Allah Yang Ada Tanggungjawab Kepada Perintah-Nya.

Pahit Manis Perjalanan Hidup Mereka Tak Semua Yang Kita Tahu.
Masya Allah...
Hebatnya Seorang Ibu...

SELAMAT HARI IBU KEPADA SEMUA INSAN YANG BERGELAR IBU DI SELURUH PELUSOK DUNIA.


ZOUYAH BINTI PUTEH (DALAM INGATAN 1962-2012)  



EMAK  yang tak pernah jemu dalam menjaga kesemua anak-anaknya seramai 10 orang,
Susah payah dilalui bersama Seorang suami dalam mengharungi perit, pahit, manis kehidupan.
Pernah emak dicaci, dihina, sebab anak-anak emak yang ramai dan agak tak terurus masa kami kecil dulu,
Namun Ketika usia semakin meningkat, anak-anak mak semua boleh berfikir apa yang mak fikirkan dulu,
Alhamdulillah,
Hari ni anak-anak mak semua dah boleh uruskan diri sendiri, dan adik-adik jadi pengganti tempat  mak untuk ambil berat tentang abah sepanjang masa.
Seronok sebenarnya tengok orang lain meraikan hari ibu ni... (siap peluk cium lagi)
Tapi itu semua dah lepas tak boleh lagi nak undurkan masa bagi anak-anak mak.
Hanya doa dan amalan-amalan saja boleh anak-anak mak Sampaikan kepada mak.
Siapa tak rindu mak nya, apatah lagi dok berjauhan dengan keluarga.
Tak mampu nak menaip panjang lebar, semakin lama, semakin berlopak mata.
Salam kerinduan buatmu EMAK(ZOUYAH BINTI PUTEH).


YA Allah, Engkau peliharalah Ibuku seperti mana dia memeliharaku dari Kecil hingga ke akhir usianya.
Jauhkanlah dia dari seksa Kuburmu,
lapangkanlah dan terangkanlah Kuburnya,
tempatkanlah dia dalam kalangn orang soleh,solehah.
Tenangkanlah dia di alam sana.
Haramkan Wajahnya dari api neraka.

 



Friday, May 9, 2014

"DEDIKASI DIRI BUAT INSAN TERSAYANG"

Khas buat Ayahanda yang disayangi, 
Pengorbananmu adalah pembakar semangatku untuk terus berjuang, 

Buat abang-abang, kakak-kakak dan adik-adik yang diingati, 
Kejayaanku bakal menebus maruah keluarga. 

Buat teman-teman seperjuangan, Kalian mempunyai keistimewaan tersendiri, 
Terima kasih atas segalanya, dan, Teristimewa 

Buat Guru-guru dan pensyarah-pensyarah 
Segala dorongan dan semangat dari kalian amatlah kuhargai, 

Semoga hubungan yang terjalin direstui Allah S.W.T dan kekal buat selamanya.
Doakan saya dalam mengejar kejayaan!
Ameen.. Insha-Allah!!!

Thursday, May 8, 2014

Qasidah Firqah Al-Muttaqin Kulim

Kumpulan ini ditubuhkan pada 9 Syawal 1434 bersamaan hari Jumaat- 16 Ogos 2013 
Bertujuan untuk menarik minat anak muda untuk terus dan istiqomah dalam melakukan ibadat, mengimarahkan masjid, dan mencintai Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.


Pengenalan kepada Qasidah:

#Qasidah merupakan puisi, syair CINTA atau puji-pujian terhadap Allah Taa'la mahupun Habibuna Rasululah S.A.W.
#Ramai Penulis Arab berpendapat bahawa orang pertama yang mencipta Qasidah ialah penyair Arab Al-Muhalhal Bin Rabiah Al-Tughlabi yang hidup beberapa tahun sebelum kelahiran Rasulullah S.A.W.
#Qasidah kemudian berkembang ketika para penyair Islam yang terkenal seperti Umru al-Qais, Aiqamah dan Ubaid menulis syair-syair qasidah dan membacakannya di hadapan Kaabah. Bahkan ada beberapa qasidah yang ditulis oleh Umru al-Qais yang menjadi sebahagian daripada syair yang digantung di dinding Kaabah.
#Riwayat Thabarani, bahawa ketika Nabi Muhammad S.A.W memasuki Madinah sekembalinya daripada perang Tabuk, berkata Ibnu Abbas, "Ya Rasulullah! Adakah di izinkan aku memuji engkau?" Bersabda Baginda Nabi," Katakanlah, Allah tidak akan mensadur mulut engkau" lalu ia memuji baginda dengan qasidah syair.
#Ingatkah kita dengan sejarah ketika Rasuullah S.A.W. pertama kali masuk ke Madinah? Lalu warga Madinah 'bersuka cita' dengan membawa gendang/rebbana dan membaca syair "Thola'al Badru 'Alaina" dan Rasulullah S.A.W penuh sukacita menerima sambutan itu.



Kumpulan ini telah aktif dalam menyampaikan Qasidah di sekitar Kedah dan Pulau Pinang sejak penghujung Tahun 2013
Kumpulan ini menerima jemputan untuk sebarang majlis seperti Mahabbatur Rasul, Walimatul urus, Majlis Kesyukuran, Berendoi, Pertunangan, Hari lahir, Perasmian maahad, Maulud Nabi, Persembahan Amal dan lain-lain yang berbentuk Islamik.


Untuk sebarang pertanyaan, boleh terus mesej di akaun #facebook atau hubungi talian-talian yang berikut:

017-4406589/019-4236589 (FURKHON)
017-4255437/012-5870641 (HAFIZ)
Qasidah Firqah Al-Muttaqin




Sekian sahaja entri kali ini.

wassalam.

Tuesday, May 6, 2014

Sumbangan Untuk Anak Yatim (Bela Didik Anak Yatim-BEDAYA)

Assalamua'laikum para pembaca blog yang disayangi...

Sebenarnya niat di hati dah lama ingin membantu dan meraikan anak-anak yatim.
alhamdulillah, Allah beri peluang kepada diri yang serba kekurangan untuk menyantuni anak-anak yatim yang disayangi di sekitar kawasan Kulim, Kedah.
pelbagai program yang dijalankan seperti Kem Cermin bersiri, roda impian Jawi, Usrah, Tayar bergolek, Jualan Amal bersama anak Yatim Bakun.
https://www.facebook.com/BAKUN08?ref=ts&fref=ts
hampir 3 tahun dengan mereka, macam-macam dapat dikongsikan bersama.
ramai sebenarnya yang nak membantu golongan ini,
tapi, hanya sekadar yang mampu kerana rata-rata individu yang membantu bukanlah golongan "senang".
tapi Alhamdulillah, Allah masih membuka pintu hati mereka untuk membantu sekadar yang termampu dengan keupayaan mereka...
semoga Dermawan-dermawan dimurahkan rezeki dan dilipatgandakan ganjaran pahala...
Ameen In Sha Allah


entri kali ini, saya ingin memohon sedikit sumbangan kepada dermawan untuk menyantuni dan meraikan anak-anak yatim sempena bakal menyambut Bulan Ramadhan Al-mubarak tidak lama lagi tanpa orang tersayang disisi mereka.


Bayangkan kita di posisi mereka pada waktu itu, apakah perasaan kita jika tiada siapa yang pedulikan kita???
masya Allah, tak dapat bayangkan apa akan berlaku kepada diri ketika itu dari segi mental.


ini adalah majlis tahunan saya bersama sahabat-sahabat lain sebelum masuknya Ramadhan.
Kami kekurangan dana untuk membeli pakaian solat dan kasut kepada anak-anak tersebut.
“Wahai Saib, perhatikanlah akhlak yang biasa kamu lakukan ketika kamu masih dalam kejahiliyahan, laksanakan pula ia dalam masa keislaman. Jamulah tamu, muliakanlah anak yatim, dan berbuat baiklah kepada tetangga.” [HR.Ahmad dan Abu Dawud, Shohih Abu Dawud, Al-Albani : 4836]



bersama ini saya sertakan kertas kerja dan sedikit gambar. 

Tuesday, April 29, 2014

Kelebihan dan Amalan Dalam Bulan Rejab


Assalamua'laikum...

Beberapa hadis Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan Rejab:

1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, niscaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.


2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.

4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus).Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.

7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.

8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran keatas semua kalam (perkataan).

9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan iberi
minum air dari syurga.

10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang ber puasa i. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.Terlepas daripada dahaga di akhirat.

11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.

12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu derjat, dihapus seribu kejahatan

“Dan barang siapa berpuasa pada tgl 27 Rejab/ Isra Mi’raj akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa.”

- “Barang siapa yang berpuasa dua hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.” “Barang siapa yang berpuasa tiga hari yaitu pada tgl 1, 2, dan 3 Rejab, maka ALLAH akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia, dan siksa akhirat.”

- “Barang siapa berpuasa lima hari dalam bulan ini, permintaannya akan dikabulkan.”

- “Barang siapa berpuasa tujuh hari dalam bulan ini, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan delapan pintu syurga.”

- “Barang siapa berpuasa lima belas hari dalam bulan ini, maka ALLAH akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya.”

Amalan dan Dzikir Di Bulan Rajab

Di bulan Rejab terdapat amalan khusus dan amalan umum. Amalan khusus adalah amalan yang dilakukan pada hari atau malam tertentu di bulan Rejab. Adapun amalan umum adalah amalan yang dilakukan selama di bulan Rejab. Amalannya sebagai berikut:

Pertama: Rasulullah saw juga bersabda: “Bulan Rejab adalah bulan permohonan pengampunan bagi ummatku, maka hendaknya mereka memperbanyak istighfar di dalamnya.” Yakni:

" Astaghfirullâha wa atûbu ilayh "
Aku mohon ampun kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya

Kedua: Dalam suatu riwayat disebutkan: Bagi yang tidak mampu berpuasa agar memperoleh pahala puasa di bulan Rejab, maka hendaknya setiap hari ia membaca tasbih berikut 100 kali:

" Subhânal ilâhil jalîl, subhâna Man lâ yanbaghit tasbîhu illâ lahu, subhânal a’azzil akram, subhâna Man labisal ‘izzi wa huwa lahu ahlun."

Mahasuci Tuhan Yang Maha Agung, Maha suci yang tak layak bertasbih kecuali kepada-Nya, Maha suci Yang Maha Agung dan Maha Mulia, Maha suci Yang Menyandang keagungan dan hanya Dia yang layak memilikinya.

Ketiga: Membaca:

" Yâ Dzal jalâli wal-ikrâm, yâ Dzan na’mâi wal-jûd, yâ Dzal manni wath-thawl, harrim syaibatî `alan nâri."

Wahai Yang Maha Agung dan Maha Mulia, wahai Pemilik kenikmatan dan kedermawanan, wahai Pemilik anugerah dan karunia, selamatkan putihnya rambutku dari api neraka.

Keempat: Rasululah saw bersabda: “Barangsiapa yang membaca di bulan Rejab Istighfar berikut sebanyak 100 kali dan mengakhirnya dengan bersedekah, Allah akan mengakhirinya dengan rahmat dan maghfirah. Barangsiapa yang membacanya 400 kali, Allah memcatat baginya pahala 100 syuhada’:

" Astaghfirullâha lâilaha illa Huwa wahdahu lâ syarîkalah, wa atûbu ilayh."
Aku memohon ampun kepada Allah, tiada Tuhan kecuali Dia Yang Maha Esa, Yang tiada sekutu bagi-Nya, aku bertaubat kepada-Nya.”

Kelima: Membaca Lailâha illallâh (1000 kali).
Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa yang membaca di bulan Rejab Lâilâha illallâh sebanyak seribu kali , Allah mencatat baginya seratus ribu kebaikan dan membangunkan baginya seratus kota di surga.”

Keenam: membaca Astaghfirullâh wa atûbu ilayh, pagi dan sore sebanyak (70 kali), dan diakhiri dengan membaca doa:

" Allâhummaghfirlî wa tub `alayya "
Ya Allah, ampuni aku dan bukakan pintu taubat bagiku.

Dalam suatu hadis dikatakan: Barangsiapa yang membaca Istighfar pagi dan sore sebanyak 70 kali dan kemudian diakhiri dengan doa tersebut dengan mengangkat tangannya, jika ia mati di bulan Rejab matinya diridhoi oleh Allah dan tidak disentuh oleh api neraka karena berkah bulan Rejab.

Ketujuh: membaca istighfar berikut sebanyak seribu kali agar diampuni dosanya oleh Allah Yang Maha Penyayang:

" Astaghfirullâha Dzal jalâli wal-ikrâm min jamî`idz dzunûbi wal-âtsâm "
Aku mohon ampun kepada Allah Yang Maha Agung dan Maha Mulia dari semua dosa dan kesalahan.

Kedelapan: membaca Surat Al-Ikhlash sebelas ribu kali atau seribu kali atau seratus kali.
Dalam suatu riwayat dikatakan: “Barangsiapa yang membaca Surat Al-Ikhlash seratus kali pada hari Jum’at bulan Rejab, ia akan memperoleh cahaya yang mengantarkan ke surga.”

Kesembilan: Dalam suatu hadis disebutan: “Barangsiapa yang berpuasa sehari di bulan Rejab, dan melakukan sholat sunnah empat rakaat (2 kali salam). Rakaat pertama setelah Fatihah membaca ayat Kursi seratus kali, dan rakaat kedua setelah Fatihah membaca Surat Al-Ikhlash dua ratus kali, maka saat matinya ia akan menyaksikan tempatnya di surga atau diperlihatkan kepadanya.”

Kesepuluh: Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa yang melakukan sholat sunnah empat rakaat (2 kali salam) pada hari Jum’at di bulan Rejab antara sholat Zuhur dan Ashar; setiap rakaat setelah Fatihah membaca ayat Kursi tujuh kali dan Surat Al-Ikhlash, kemudian sesudah salam membaca Astaghfirullâhalladzî lâilâha illâ Huwa wa as-aluhut tawbah (10 kali), Allah mencatat baginya dari hari itu (hari ia melakukan sholat) sampai hari kematiannya setiap hari seribu kebaikan; memberinya untuk setiap ayat yang ia baca satu kota di surga dari yaqut merah; untuk setiap hurufnya satu istana di surga dari mutiara; diberinya pasangan bidadari dan diridhoi tanpa sedikitpun murka; dan Allah mencatatnya sebagai orang-orang ahli ibadah, dan mengakhiri hidupnya dengan kebahagiaan dan pengampunan yang terbaik.”

Kesebelas: Puasa tiga hari: hari kamis, Jum’at dan Sabtu.
Dalam suatu hadis disebutkan: “Barangsiapa yang berpuasa pada Kamis, Jum’at dan Sabtu di bulan-bulan yang mulia, Allah mencatat baginya ibadah sembilan ratus tahun.”

Kedua belas: Sholat enam puluh rakaat selama bulan Rejab; setiap malam dua rakaat, setiap rakaat setelah Fatihah membaca Surat Al-Kafirun (3 kali) dan Surat Al-Ikhlash (sekali). Sesudah salam membaca doa berikut sambil mengangkat tangan:

Lâilaha illallâhu wahdahu lâ syarîkalah, lahul mulku wa lahul hamdu, yuhyî wa yumît, wa Huwa hayyun lâ yamût, biyadihil khayr wa Huwa ‘alâ kulli syay-in qadîr, wa ilayhil mashîr, walâ hawla wala quwwata illâ billahil `aliyyil `azhîm. Allahumma shalli `alâ Muhammadin an-nabiyyil ummi wa âlihi.

Tiada Tuhan kecuali Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya segala kekuasaan dan pujian. Dialah Yang Menghidupkan dan mematikan. Dia Yang Hidup dan tidak mati, di tangan-Nya segala kebaikan, Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu, kepada-Nya kembali segalanya, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan Allah Yang Tinggi dan Maha Agung. Ya Allah, sampaikan shalawat kepada Muhammad Nabi yang ummi dan keluarganya.

Diriwayatkan dari Nabi saw bahwa orang yang melakukan amalan tersebut Allah mengijabah doanya dan memberinya enam puluh pahala haji dan umrah.

Ketiga belas: Rasulullah saw bersabda: “orang yang membaca Surat Al-Ikhlash (100 kali) dalam sholat sunnah dua rakaat di malam bulan Rejab, nilainya sama dengan berpuasa seratus tahun di jalan Allah, dan memberinya seratus istana di surga, setiap istana bertetangga dengan para Nabi (as).”

Keempat belas: Imam Ali bin Abi Thalib (as) berkata bahwa Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa yang membaca setiap hari dan malam di bulan Rejab, Sya’ban dan Ramadhan Surat Al-Fatihah, ayat Kursi, Surat Al-Kafirun, Al-Ikhlash, Al-Falaq, dan An-Nas masing-masing (3 kali), kemudian membaca masing-masing (3 kali):

Subhânallâhi wal-hamdulillâhi, wa lâilâha illallâh wallâhu akbar, walâ hawla walâ quwwata illâ billâhil `aliyyil `azhîm.
Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan kecuali Allah, Allah Maha Besar, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung

Allâhumma shalli `alâ Muhammadin waâli Muhammad
Sampaikan shalawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad

Allâhummaghfir lil-mu’minîna wal-mu’minât
Ya Allah, ampuni kaum mukminin dan mukminat

Kemudian membaca istighfar berikut (400 kali):

Astaghfirullâha wa atûbu ilayh
Aku mohon ampun kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya,

maka Allah swt akan mengampuni dosa-dosa hamba-Nya walaupun sebanyak tetesan hujan, daun-daun pepohonan, dan buih di lautan.”


 sumber:http://mummycool.blogspot.com/2012/05/kelebihan-bulan-rejab-amalan-dan-dzikir.html

Telekung Lycra Murah !!!






Sedang mencari Telekung Untuk Wakaf???
Mencari Telekung untuk Sambut Ramadhan?
Jom dapatkan Telekung Yang Menarik Dan Murah!!!

Sesuai Juga Untuk Buat Sebagai Hadiah kepada Ibu, Kawan-Kawan Dan Ahli keluarga Yang Lain...
Telekung Lycra Made In Korea
Harga Jualan RM50.00 sepasang
Harga Borong RM40.00 minimum 20 Helai

Berminat???
Segera p.m saya.
whatapps- 019-4236589
wechat- furkhon92/furkhon922
https://www.facebook.com/muhamadfurkhon.mokhtar
 

Tuesday, September 24, 2013

RABIA Sticker for motorcycle

Rabia sticker???
Sapa nak??? Mai nk bisik harga... saiz 4×4 inci
Special rate utk beli baju rabia...
P.m mai naaa...
Sesuai nk lekat kt moto...


Ready stok!!!
Stok dah sampai...
Stok sangat terhad, siapa cepat dia dapat...
Saiz S-XXXL!
160gsm
Kain cottont.
Sehelai RM18
2 Helai RM35

Postage sehelai tambah
Rm 6 (Semenanjung)
RM 10 (Sabah& Sarawak)

P.m Furkhon segera untuk tempahan.
0174406589
0194236589



boleyh jugak p kat facebook cheq..


terbaca post seorang sahabat di kulim, terasa macam ditujukan kepada diri sendiri jea...
semoga arwah bonda terSAYANG ditempatkan dalam kalangan orang2 yg beriman...

"sedih mendengar kisah dri seorang shbt yg kehilangan ibunya penghujung tahun lepas, wlaupun hmpir 10 bulan ibu meninggalkan mreka, dirasakan seolah2 ibu mreka masih ada...mnurut mmber aku nieh, antra perkara yg paling sedih gila ialah apabila menjelang Ramadhan baru2 nih...sllunya klau tahun sblum2 nih, ibunya akn mnyediakan sahur utk ayah & adik2 dia....tapi kali nih bila satu fmly bangun utk sahur, bygkan pi dapur tgk2 x dk apa2 mknan....terus satu fmly menangis teresak2 mengenangkan ibunya yg telah pergi buat selamanya menyadap ilahi..."

# sayangilah ibu bapa kita klau mreka masih hidup, klau yg dah pergi meninggalkan kita, teruskan berdoa utk kebaikan mreka,...klau bleh mngadap fb berjam2, x kan doa utk ibu bapa hnya bbrp mnit pun x bley.......